Huda Luna Hussin (avatar)
updated 5 years ago
Previous
Next

Qaireen Nisrina : Solid Food #2

Qaireen ni memilih makan orang nya. Aku pun tak tau kenapa dia macamni. Kadang jadi geram bila kita buat dengan kasih sayang dia tak mau makan. Dia suka Pear je. Adoii la budak ni.

Masa intro Pear (4 Jan) hari tu, masa first day dia tak suka. Ye lah tak pernah makan tetibe makan macam pelik la kejap kot. Pastu esok nya dia suka dah. Sampai la 4 days la dia makan Pear tu.

Dah setel 4 days tu, mak dia ni pun excited la tukar Apple lak. Masa bagi rasa malam tu suka sangat. Dah esok nya tak suka pulak. Masa bagi tu (8 Jan) sampai la 3 hari kemudian tukar lak kurma.

Gigih tak gigih stim kurma dulu bagai buang kulit blend semua baru kasi. Masa tu (11 Jan). Pun sama jugak dia tak berapa go dengan kurma. Maybe silap kot bagi dia rasa malam tu sebelum esok makan. So tekad kali ni tak leh buat macam tu dah.

So buat la pulak Papaya kateko. Kali ni (14 Jan) kita pun intro la betil kat dia. Masa memula makan tu ok. Dah pulak tak suka frozen betik. Kita buat la fresh. Makan la jugak. Kena tackle dia sikit. Tapi lepas tu tak go jugak dah pulak. Kak zura selit buat Pear suka dia makan. Oihh kemain hang Qaireen pilih buah Pear je.

Maka Papaya ni pun 3 days je la makan nye pun. Hari ni (17 Jan) tukar lak Banana dekat dia. Macam tak go jugak tapi mix dengan susu baru dia nak makan sikit.

Susah la Qaireen ni. Kecik kecik dah memilih mana yang sedap nak makan.

Dan aku paling tak gemar orang kata anak dia tak memilih. So what? Anak aku bijak sebab tu dia memilih. Lulz.

Info untuk aku ingat sendiri.
Pear : 4 days
Apple : 3 days
Kurma : 3 days
Papaya : 3 days
Banana : baru intro hari ni

Nin dia budak bijak tu



Konon pasni nak istiqamah macam NORHANAROSMIDA update hehari. Ok kita tengok sikitt.

Day 17

Friday, 17 Jan 2014

1 1
hudaluna (avatar)

hudaluna @hannamaruku aku nak istiqamah macam ko ha

5 years ago

Enjoy reading this?

Join our community! Download the app, and get updates from hudaluna. Remove this bar by logging in.

Download on the App Store (iOS) Download on the Play Store (Android) Download on the Play Store (Windows)